Friday, July 6, 2018

ERTI PERSAHABATAN


"Sahabat itu bagaikan tempat berteduh. Di kala duka dan gembira. Banyak liku pasti ditempuhi. Tanpa sedar ianya telah membatasi"

Mungkin takdir telah menemui kita. Dalam keadaan yang tidak disangka. Mungkin disebalik pertemuan itu, tanpa sedar wujudnya perasaan yang kurang selesa disebabkan masih tidak mengenali hati budi masing-masing. Tapi tidak mengapa. Anggaplah ianya dugaan. Jangan pernah merasa menyesal mengenali sahabat. Kerana tanpamu sahabat, hilanglah seri hidupku kerana sahabat yang baik akan senantiasa menjaga perhubungan persahabatan. 

Sahabatku, hari-hari yang kita lewati bersama-sama akan menjadi kenangan buat selama-lamanya. Mungkin suatu hari nanti, kita mungkin tidak berpeluang bersama-sama, izinkan aku menyimpan kenangan itu dalam memori mindaku. Terima kasih sahabat kerana memahami diriku, memahami kerenahku dan menerimaku seadanya.


"Jangan menyesal dengan apa yang kita ada,

Jadikan kehidupan ini suatu yang bisa membuat kita gembira,

Mungkin pertemuan kita hanya seketika cuma,

Dengan liku-liku yang kita tempohi selama ini,
Jadikan satu pengajaran untuk kita menjadi lebih matang,

Ku panjatkan doa buat kalian,
Moga dipermudahkan perjalanan hidup di dunia dan di akhirat.

Wahai Sahabat..............................moga hingga ke Al-Jannah."



No comments:

Post a Comment

Disepanjang KUMAR2018