Tentang Diriku

No. Matrik :258330
Nama saya Alina Binti Brahim, saya berasal dari Miri, Sarawak. Alamat kediaman saya di Kampung Luak. Bapa dan Ibu saya berasal daripada kampung yang sama. Jadi, kalau hari raya tidak adalah istilah balik kampung sebab hari-hari dah balik kampung. Aktiviti yang paling saya gemari adalah berjogging. Masalahnya hari-hari jogging pun sik pandai kurus-kurus. Hehehehe.....Tapi bagi saya aktiviti jogging sebegini memberi peluang untuk saya berkecimpung arena marathon. Banyak aktiviti larian saya ikuti sejak tahun 2015 sehingga sekarang.

Pencapaian yang tertinggi yang pernah saya capai apabila saya berpeluang mengikut Miri Marathon 2018 dengan jarak 42km. Walaupun, tempoh melebihi 7 jam tapi bagi saya itulah kepuasan. Selain daripada itu, saya pun minta pergi melancong. Banyak-banyak tempat yang saya paling suka adalah melawat negara Korea. Nanti saya akan kongsikan gambar-gambar menarik di Korea.

Aktiviti lasak lain yang saya minat adalah mendaki ataupun "Hiking". Paling tinggi pernah di daki adalah Gunung Kinabalu pada November 2017 dan Bukit Napai Luhai pada 2018. Saya juga pernah mendaki Bukit Lambir dan Bukit Kasut, Niah. Kadang-kadang, dengan meminati aktiviti sebegini akan memberi kepuasan dan mengurangkan kadar stress dalam hidup kita

25 November 2017 kali pertama mendaki
Gunung Kinabalu, Sabah



Yeah! Dapat Sijil Berwarna



Kalau berkehendak sesuatu, Kita kena usahakan sehingga berjaya


Bukit Lambir, Miri









Nuluh Lapai, Kota Kinabalu, Sabah








Keseronokan itu ada, apabila kita merasakan kepuasan itu dapat kita kecapi.....

Sesungguhnya, hanya kita sahaja dapat merasa sekiranya kita inginkan ianya terjadi....

Bukit Kasut, Batu Niah



















No comments:

Post a Comment

Disepanjang KUMAR2018