Saturday, June 30, 2018

FUN RUN & BEACH CLEANNING

Sesi bergambar bersama dengan
 Pengarah Hospital Miri
KARNIVAL SARAWAK SIHAT 2018 yang diadakan di Taman Marina, Miri pada 30 Jun 2018 jam 6.00 pagi yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Dimulai dengan senaman ringan yang di teraju oleh kakitangan Hospital Miri dari Jabatan Fisioterapi.

Tepat jam 6.30 pagi pelepasan untuk pelari "Fun Run" yang bermula dari Taman Marina dengan jarak 4.8 km. Aktiviti sebegini mampu membawa semua warga kerja kesihatan untuk menjaga kesihatan yang sihat sepanjang hayat. Katakan #AkuSihat dan No Excuse, let get active.


Hasil sampah yang dikumpul oleh
Team Hospital Miri
Pada hari yang sama juga, diadakan aktiviti Beach Cleanning  yang dianjurkan oleh PUSTAKA Miri. Turut sama bergotong-royong membersihkan pantai iaitu Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong Siew Yu. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi membersihkan di sekitar pantai Marina yang dipenuhi oleh sampah sarap kesan daripada ombak besar yang berlaku pada awal tahun 2018. Aktiviti kali ini dihadiri oleh badan-badan berkanun, sektor awan, sektor swasta dan sekolah rendah, menengah dan IPTA/IPTS sekitar Bandaraya Miri.

Dengan adanya aktiviti sebegini memberi kesedaran kepada orang awam bertapa pentingnya menjaga alam sekitar dan jangan sekali-kali membuang sampah sebarangan. Tanggungjawab dan kerjasama semua amat penting bagi membantu menjaga kebersihan alam sekitar.




Thursday, June 28, 2018

PERCUTIAN KRABI ISLAND, THAILAND

KEK LAPIS BATIK KENYALANG





Bahan-bahan
500 gm mentega golden churn (Saya guna Anchor)
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan (Saya guna jem raspberry)
300 gm tepung hong kong
10 biji telur ayam Gred A

Bahagikan bahan 
1 Sudu Kecil pewarna Kuning
1 Sudu Kecil pewarna Hijau
1 Sudu Kecil pewarna Merah
1 Sudu Kecil pewarna Oren (Saya tambah 1 warna lagi)

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan putih (selama kira-kira 3-4 minit).

2. Di dalam bekas yang lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).

3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.

4. Masukkan susu pekat, jem, horlick dan tepung hong kong. Pukul selama 2 minit (dengan speed 
    sederhana).

5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan untuk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas ( 1
    lapis - 2 senduk adunan). Kemudian bubuhkan dengan sedikit pewarna kuning. Selebihnya adunan
    dibahagikan kepada 3 - merah, hijau dan jingga (oren).

6. Tuangkan 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9"x9" yang telah dialas dengan kertas dan
    digriskan.
    (Bakar sehingga 3 lapisan adunan kuning ini dengan api grill suhu 180-200 darjah).

7. Masukkan adunan merah, hijau dan oren ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning tadi
    sudah masak, paipkan secara menyerong adunan hijau berselang-seli dengan merah dan oren
    sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yang sama sehingga lapisan masak.

8. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dengan kayu lidi agar ianya rata semula.

9. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan sebelumnya.
    Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.

10. Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 6 senduk tadi untuk membuat 3
      lapisan. Bakar seperti biasa dengan api grill sehingga masak.

Nota : Anda boleh juga menggunakan acuan besar sedikit seperti 10"x10", jika anda ingin kek anda rendah sedikit. Tapi memang sudah menjadi kebiasaan, kek-kek lapis Sarawak mempunyai bentuk yang tinggi dan cara memotongnya juga berlainan. Tapi saya lebih suka kek nampak tinggi dengan menggunakan loyang 8"x8".

Wednesday, June 20, 2018

KEHIDUPAN

Hari ini 13 April 2017, Khamis, jam 1.06 pm, ku tuliskan kata-kata hatiku didalam blog ini.  Harap-harap ada sesiapa sudi membacanya.  Ku rasa kehidupan ini cukup adil.  Ada pasang dan surutnya. Ku sedar siapalah diriku ini. Hanya menumpang kasih sayang. Terasa diri tidak cukup disayangi. Saat-saat ku kehilang orang-orang yang ku sayang satu-persatu. Aku redho. Ku tidak dapat mengelak daripada takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT mengenai perjalanan hidupku.

Jauh ku terfikir, mungkin aku terlalu banyak dosa-dosa. Dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil. Ku seharausnya bertaubat dan memohon petunjuk daripada Yang Maha Esa. Apa salahku. Sekali lagi hatiku menjerit. Kenapa aku yang terpilih! kenapa! kenapa!. Aku pasrah itulah ketentuan yang Allah tetapkan.


Disepanjang KUMAR2018