
Friday, August 17, 2018
Saturday, July 21, 2018
Hari-hari yang dirindui
Hari ini mungkin tidak sama
Seperti hari sebelum ini
Hari ini mungkin tidak serupa
Seperti hari semalam
Hari ini mungkin terasa keseronokan
Seperti hari-hari sebelum ini
Hari ini mungkin telah mencipta satu memori
Tak seperti hari semalam
Kerna hari-hari yang kita lewati
Mungkin sekadar bayangan
Ataupun sekadar sebentar cuma
Yang pasti hari tetap muncul silih berganti
Tanpa noktah senantiasa memutarkan
Perjalanan hari-hari yang indah
Mungkin esok kita tidak bertemu hari
Mungkin hari ini hari terakhir bersama hari
Biarlah hari-hari berlalu
Dengan memori-memori yang indah
Seperti hari sebelum ini
Hari ini mungkin tidak serupa
Seperti hari semalam
Hari ini mungkin terasa keseronokan
Seperti hari-hari sebelum ini
Hari ini mungkin telah mencipta satu memori
Tak seperti hari semalam
Kerna hari-hari yang kita lewati
Mungkin sekadar bayangan
Ataupun sekadar sebentar cuma
Yang pasti hari tetap muncul silih berganti
Tanpa noktah senantiasa memutarkan
Perjalanan hari-hari yang indah
Mungkin esok kita tidak bertemu hari
Mungkin hari ini hari terakhir bersama hari
Biarlah hari-hari berlalu
Dengan memori-memori yang indah
Monday, July 16, 2018
MIMPI INDAH TAK INDAH SELAMANYA
Ku rasakan mimpi indah itu kekal selamanya,
Rupanya mimpi indah itu hanya sementara,
Mungkin tidak terasa akan perubahannya,
Tapi ku merasai, merasai setiap perubahannya,
Jiwa ku mulai meronta, jiwa ku mulai bertanya,
Mengapa mimpi indah itu tidak kekal selamanya?
Ku mengharapkan ianya berkekalan selamanya,
Terdetik dalam hatiku,
Mungkin aku terpilih untuk merasainya,
Aku bertuah,
Walaupun untuk menghadapinya bukan mudah,
Terpaksa nempuh suka duka melaluinya.
Friday, July 13, 2018
TAK PERNAH HILANG
![]() |
| AL-FATIHAH buat Bapa (Allahyarham Brahim Bin Assim - 24/12/2016) |
Tiada siapa yang pernah tahu
Tiada siapa yang pernah rasa
Biar mereka coba mau, coba ada denganku
Mestikah kau perlu menjauh
Mestikah kau perlu menghalang
Perasaan yang pernah datang
Yang tak pernah hilang.
Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu
Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu
Jika aku yang engkau ingin
Kunantikan satu jawaban
Perasaan yang pernah datang
Yang tak pernah hilang
Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu
Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu
Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu rindu
Yang selalu menantimu
Artis : Kaer ft Amylea
Tuesday, July 10, 2018
Friday, July 6, 2018
ERTI PERSAHABATAN

"Sahabat itu bagaikan tempat berteduh. Di kala duka dan gembira. Banyak liku pasti ditempuhi. Tanpa sedar ianya telah membatasi"
Mungkin takdir telah menemui kita. Dalam keadaan yang tidak disangka. Mungkin disebalik pertemuan itu, tanpa sedar wujudnya perasaan yang kurang selesa disebabkan masih tidak mengenali hati budi masing-masing. Tapi tidak mengapa. Anggaplah ianya dugaan. Jangan pernah merasa menyesal mengenali sahabat. Kerana tanpamu sahabat, hilanglah seri hidupku kerana sahabat yang baik akan senantiasa menjaga perhubungan persahabatan.
Sahabatku, hari-hari yang kita lewati bersama-sama akan menjadi kenangan buat selama-lamanya. Mungkin suatu hari nanti, kita mungkin tidak berpeluang bersama-sama, izinkan aku menyimpan kenangan itu dalam memori mindaku. Terima kasih sahabat kerana memahami diriku, memahami kerenahku dan menerimaku seadanya.
"Jangan menyesal dengan apa yang kita ada,
Jadikan kehidupan ini suatu yang bisa membuat kita gembira,
Mungkin pertemuan kita hanya seketika cuma,
Dengan liku-liku yang kita tempohi selama ini,
Jadikan satu pengajaran untuk kita menjadi lebih matang,
Ku panjatkan doa buat kalian,
Moga dipermudahkan perjalanan hidup di dunia dan di akhirat.
Wahai Sahabat..............................moga hingga ke Al-Jannah."
Monday, July 2, 2018
WHO YOU ARE
Saturday, June 30, 2018
FUN RUN & BEACH CLEANNING
![]() |
| Sesi bergambar bersama dengan Pengarah Hospital Miri |
KARNIVAL SARAWAK SIHAT 2018 yang diadakan di Taman Marina, Miri pada 30 Jun 2018 jam 6.00 pagi yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Dimulai dengan senaman ringan yang di teraju oleh kakitangan Hospital Miri dari Jabatan Fisioterapi.
Tepat jam 6.30 pagi pelepasan untuk pelari "Fun Run" yang bermula dari Taman Marina dengan jarak 4.8 km. Aktiviti sebegini mampu membawa semua warga kerja kesihatan untuk menjaga kesihatan yang sihat sepanjang hayat. Katakan #AkuSihat dan No Excuse, let get active.
![]() |
| Hasil sampah yang dikumpul oleh Team Hospital Miri |
Pada hari yang sama juga, diadakan aktiviti Beach Cleanning yang dianjurkan oleh PUSTAKA Miri. Turut sama bergotong-royong membersihkan pantai iaitu Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong Siew Yu. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi membersihkan di sekitar pantai Marina yang dipenuhi oleh sampah sarap kesan daripada ombak besar yang berlaku pada awal tahun 2018. Aktiviti kali ini dihadiri oleh badan-badan berkanun, sektor awan, sektor swasta dan sekolah rendah, menengah dan IPTA/IPTS sekitar Bandaraya Miri.
Dengan adanya aktiviti sebegini memberi kesedaran kepada orang awam bertapa pentingnya menjaga alam sekitar dan jangan sekali-kali membuang sampah sebarangan. Tanggungjawab dan kerjasama semua amat penting bagi membantu menjaga kebersihan alam sekitar.
Thursday, June 28, 2018
KEK LAPIS BATIK KENYALANG
500 gm mentega golden churn (Saya guna Anchor)
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan (Saya guna jem raspberry)
300 gm tepung hong kong
10 biji telur ayam Gred A
Bahagikan bahan
1 Sudu Kecil pewarna Kuning
1 Sudu Kecil pewarna Hijau
1 Sudu Kecil pewarna Merah
1 Sudu Kecil pewarna Oren (Saya tambah 1 warna lagi)
Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan putih (selama kira-kira 3-4 minit).
2. Di dalam bekas yang lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).
3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.
4. Masukkan susu pekat, jem, horlick dan tepung hong kong. Pukul selama 2 minit (dengan speed
sederhana).
5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan untuk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas ( 1
lapis - 2 senduk adunan). Kemudian bubuhkan dengan sedikit pewarna kuning. Selebihnya adunan
dibahagikan kepada 3 - merah, hijau dan jingga (oren).
6. Tuangkan 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9"x9" yang telah dialas dengan kertas dan
digriskan.
(Bakar sehingga 3 lapisan adunan kuning ini dengan api grill suhu 180-200 darjah).
7. Masukkan adunan merah, hijau dan oren ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning tadi
sudah masak, paipkan secara menyerong adunan hijau berselang-seli dengan merah dan oren
sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yang sama sehingga lapisan masak.
8. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dengan kayu lidi agar ianya rata semula.
9. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan sebelumnya.
Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.
10. Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 6 senduk tadi untuk membuat 3
lapisan. Bakar seperti biasa dengan api grill sehingga masak.
Nota : Anda boleh juga menggunakan acuan besar sedikit seperti 10"x10", jika anda ingin kek anda rendah sedikit. Tapi memang sudah menjadi kebiasaan, kek-kek lapis Sarawak mempunyai bentuk yang tinggi dan cara memotongnya juga berlainan. Tapi saya lebih suka kek nampak tinggi dengan menggunakan loyang 8"x8".
Wednesday, June 27, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)

























