Assalamualaikum.....hari ini 05 April 2017 (Rabu), kalau bapa ku masih ada, tentu sekali mak akan buat makan-makan bagi menyambut hari lahir bapa ku. Tapi dua tahun sepi kerana tanggal bulan Julai tahun 2016 bapa ku disahkan menghidapi kanser usus tahap empat. Agak terlewat mengetahui penyakit bapa. Aku rasa dunia bapa tidak akan bertahan lama. Disaat bapa masih hidup. Bapa jalani kehidupan seperti biasa. Bapa sering mendapatkan rawatan di Hospital. Akulah peneman setia. Semasa aku mendapat tahu bapa aku disahkan menghidapi kanser. Rasa lulur jantungku. Tapi penerimaan bapa aku biasa sahaja. Adakah mungkin dia tidak faham apa maksud penyakit tersebut. Mungkin bagi dia hanya penyakit biasa. Sampaikan semasa kenduri arwah yang diadakan setiap tahun, bapa ku memaklumkan kepada kawan-kawannya bahawa dia menghidapi kanser. Aku pilu.
Bapa sering mengadu kesakitan. Bapa pernah terkena kekejangan otot seperti dia terkena strok kecil. Aku cemas. Aku kuatkan semangat. Semoga bapa ku selamat. Semasa hayat bapa, semasa kehidupan sakitnya. Maklah menjadi peneman setia. Pernah sekali bapa menjadi seperti orang yang tidak siuman. Tidur diruang tempat letak kereta. Kadang-kadang dia melakukan segala aktiviti yang sering dia lakukan di semasa sihatnya iaitu menjerat burung. Dari pandangan mataku. Bapa tertentu stress. Bapa tentu rasa terseksa melawan sakitnya. Aku faham. Sampai tahap bapa aku tidak dapat tidur malam dalam beberapa hari. Aku sedih melihat situasi bapa. Tidur kami sekeluarga terganggu dik melayan kerenah bapa yang tidak tentu ala. Aku sedih. Aku pernah buat tidak tahu bila bapa cakap "Bah al tolong bapa bah, bawa bapa jumpa ?" perkataan ya selalu aku teringat-ingat. Aku rasa menyesal kerana tidak ambil peduli luahan bapa ku itu.
Semasa aku dan kak aku pergi melancong ke Krabi, Thailand. Jiwa aku dan kakak ku tidak tenteram. Mendapat berita bahawa bapa terjatuh lalu bapa tidak dapat bergerak lagi. Aku sedih. Sehinggakan bapa tidak dapat bercakap. Makan dan minum disuap. Rutin harian semuanya dilakukan oleh mak ku disimping dibantu oleh kakak aku yang kebetulan tidak bekerja lagi. Jadi kakak akulah yang menjadi bapa ku. Bapaku tidak mampu untuk kemeh dan berak sendiri. Terpaksa kamek orang pasangkan pamper untuk dia sehinggakan mandi terpaksa di angkat ke bilik air. Fungsi seluruh badan bapa memang mengecewakan. Sungguh aku sedih, aku tidak dapat mendengar kata-kata akhir dari mulut bapa.
Tanggal 24 Disember 2016 jam 9.30 pagi bapa ku menghembuskan nafas terakhir setelah lima bulan mengharungi penyakit yang dia hidapi. Aku sedih, bila saat-saat akhir bapa menghembuskan nafas terakhirnya didepan mataku. Ya Allah lindungilah bapaku, ampunkanlah segala dosa-dosanya. Maafkan aku bapa kerana tidak menjadi anak yang terbaik untuk dirimu. Walaupun bapa tidak pernah menunjukkan bertapa sayangnya terhadap aku. Aku faham, aku lah anak yang selalu dibawa ke sana dan ke mari disepanjang hidupnya. Akulah anak yang diberi layan istimewa dari seorang bapa. Baru aku sedar, bapa sebenar sangat sayang aku. Sehingga aku sering balik lewat malam, sebenar bapa mengerut, dan resah kenapa anak dara nya sik pandai balik awal. Masa sik dapat dikembalikan ke zaman ya. Kita yang masih hidup tok kena teruskan dan berdoa agar roh nya ditempatkan bersama dengan golongan yang beriman. Al fatihah. Sebenarnya aku amat merindui bapa. Bapa yang sik pernah mok marah anak-anaknya. Bapa yang kalau sekali marah memang marah benar.
Semoga rohmu di sana tenang...hari tok 104 hari bapa pergi.
Nukilan al yang sangat merinduimu.
When I read your heartfelt sharing about your father's illness ,i can feel and understand what you feel. I hope you strong and pray your father's spirits with the believers ..Amin
ReplyDeletethank you.....i miss my father......
ReplyDelete